KUANTAN
Seperti mana yang kita sudah tau, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Kuantan. Di sini lah kita boleh menikmati keindahan alam sekitar, menikmati angin dingin pantai, makanan-makanan yang sedap dan banyak lagi. Kuantan ini juga merupakan ibu daerah bagi negeri Pahang. Bagi sesiapa yang amat minatkan pantai, Pantai Teluk Cempedak merupakan destinasi yang terbaik buat anda. Pantai Teluk Cempedak ini cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian. Di pantai ini juga terdabat banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah pelbagai jenis kedai makan seperti McDonald, KFC, Subway, Starbucks dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, hotel 5 bintang yang bernama Hyatt Regency Kuantan Resort juga terletak di situ juka anda ingin menginap di tepi pantai sambil menikmati keindahan yang ada di sana. Seperti mana yang saya telah katakan sebentar tadi, tidak