KUANTAN

Seperti mana yang kita sudah tau, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Kuantan. Di sini lah kita boleh menikmati keindahan alam sekitar, menikmati angin dingin pantai, makanan-makanan yang sedap dan banyak lagi. Kuantan ini juga merupakan ibu daerah bagi negeri Pahang.






Bagi sesiapa yang amat minatkan pantai, Pantai Teluk Cempedak merupakan destinasi yang terbaik buat anda. Pantai Teluk Cempedak ini cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian. Di pantai ini juga terdabat banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah pelbagai jenis kedai makan seperti McDonald, KFC, Subway, Starbucks dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, hotel 5 bintang yang bernama Hyatt Regency Kuantan Resort juga terletak di situ juka anda ingin menginap di tepi pantai sambil menikmati keindahan yang ada di sana.







Seperti mana yang saya telah katakan sebentar tadi, tidak lengkaplah destinasi kamu ke Kuantan jika tidak singgah ke tempat yang menyediakan makanan-makanan yang menarik. Terdapat sebuah kedai makan yang bernama Jaman Tory Resepi yang terletak di Indera Mahkota yang tidak jauh dari bandar Kuantan yang menyediakan banyak hidangan yang menarik. Antaranya ialah pais ikan patin. Banyak feedback yang baik bagi para pelancong bahawa makanan yang dihidang di kedai makan tersebut adalah amat baik. Jadi, usah perlu risau lagi akan kualiti makanan yang akan dihidangkan di kedai tersebut. Harganya juga adalah amat berpatutan, jadi anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan duit yang banyak.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

FRASER HILL

CAMERON HIGHLAND

GENTING HIGHLAND