FRASER HILL
Fraser Hill ini terletak di atas Banjaran Titiwangsa. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya yang sejuk iaitu antara 17-24 celcius. Puncak tertinggi Fraser Hill ini ialah setinggi 1,310 meter dari aras laut. Jaraknya adalah tidak begitu jauh dengan Kuala Lumpur kerana ia kira-kira 104 KM sahaja dari bandar Kuala Lumpur.
Jika anda merupakan seorang peminat sukan golf, Fraser Hill ini merupakan salah satu destinasi yang terbaik buat anda. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser ini merupakan padang golf terawal yang dibuka di negara kita ini. Walaupun ia hanya menampilkan 9 lubang dan walaupun saisnya kecil jika mahu dibandingkan dengan padang golf yang lain, ia tetap menawarkan cabaran yang mantap kepada sesiapa sahaja yang sudi menyahut cabarannya. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan buggy tidak akan disediakan di padang golf tersebut dan anda perlu berjalan untuk melawat setiap lubang. Oleh itu, anda akan dapat menikmati keindahan suasana di sana dan dapat menikmati cuaca yang amat sejuk.
Tidak lengkaplah percutian anda di Fraser Hill jika anda tidak singgah untuk makan di tempat yang menarik. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah restoran yang menarik yang terletak di Fraser Hill ini yang bernama Restoran Strawberry Mimi. Restoran ini sudah berjasa lama memenuhkan perut-perut lapar yang datang melawat ke Fraser Hill ini. Apa yang menarik tentang restoran ini adalah anda boleh menikmati ice blended dan milk shake strawberrynya yang amat lazat dan terkenal. Ia juga menyediakan makanan-makanan lain seperti tom yam, sup tulang, goreng-goreng dan macam macam lagi.
info yang menarik
ReplyDeleteBanyak sejarah di tempat ni
ReplyDelete