GENTING HIGHLAND
Genting Highland ini juga dikenali sebagai Tanah Tinggi Genting. Ia merupakan sebuah peranginan bukit di puncak Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1,800 meter. Sebahagian besar kawasan tersebut terletak di negeri Pahang san satu bahagian kecil terletak di negeri Selangor. Genting Highland ditubuhkan oleh mendiang peniaga etnik Cina yang bernama Lim Goh Tong pada tahun 1965. Tempat tarikan pelancong utama kawasan tersebut ialah tempat peranginan bukit Resorts World Genting. Di sana juga terletaknya kasino dan taman tema serta aktiviti-aktiviti perjudian adalah dibenarkan oleh pihak pengurusan.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik yang anda boleh lakukan di Genting Highland ialah menaiki cable car. Anda boleh menaiki cable car ini bermula dari mid-hill untuk ke SkyAvenue dalam masa 10 minit sahaja. Jarak dari mid-hill untuk ke SkyAvenue dengan menaiki cable cari ini adalah sepanjang 2,400 meter. Ia juga mempunyai 2 jenis cable car iaitu cable car biasa yang mempunyai kapasiti sebanyak 10 orang dan cable car yang mempunyai lantai kaca yang berkapasiti hanya 6 orang sekali naik.

Bukan itu sahaja, terdapat juga outlet yang besar yang bernama Genting Highland Premium Outlets yang terletak di mid-hill bagi sesiapa yang bendah membeli-belah di sana. Terdapat banyak butik-butik premium yang ada di sana. Antaranya ialah seperti Nike, Adidas, Puma, Polo Ralph Laurent dan banyak lagi. Apa yang menarik tentang outlet ini ialah banyak barangan sale di sana sepanjang tahun. Jadi, anda boleh menjimatkan duit anda atau beli barangan yang banyak dengan harga yang sikit.
Bestnyaaaa
ReplyDeleteMenarik sungguhh👍🏻
ReplyDeletemenarik
ReplyDelete