Fraser Hill ini terletak di atas Banjaran Titiwangsa. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya yang sejuk iaitu antara 17-24 celcius. Puncak tertinggi Fraser Hill ini ialah setinggi 1,310 meter dari aras laut. Jaraknya adalah tidak begitu jauh dengan Kuala Lumpur kerana ia kira-kira 104 KM sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Jika anda merupakan seorang peminat sukan golf, Fraser Hill ini merupakan salah satu destinasi yang terbaik buat anda. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser ini merupakan padang golf terawal yang dibuka di negara kita ini. Walaupun ia hanya menampilkan 9 lubang dan walaupun saisnya kecil jika mahu dibandingkan dengan padang golf yang lain, ia tetap menawarkan cabaran yang mantap kepada sesiapa sahaja yang sudi menyahut cabarannya. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan buggy tidak akan disediakan di padang golf tersebut dan anda perlu berjalan untuk melawat setiap lubang. Oleh itu, anda akan dapat menikmati keindahan suasana di sana dan dap...
Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 °C hingga 20 °C. Cameron Highland mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,166 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apabila sebut sahaja nama Cameron Highland, sudah pasti anda akan terbayang tentang ladang teh hijau yang luas. Hal ini adalah kerana Cameron Highland memang terkenal dengan ladang tehnya. Saya pasti anda semua pernah mendengar produk teh yang berjenama BOH. BOH ini merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia...
Terbaik!👍
ReplyDeleteterima kasih atas penerangan
ReplyDeleteGood info👍👍
ReplyDelete