CAMERON HIGHLAND
Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Cameron Highland mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,166 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Apabila sebut sahaja nama Cameron Highland, sudah pasti anda akan terbayang tentang ladang teh hijau yang luas. Hal ini adalah kerana Cameron Highland memang terkenal dengan ladang tehnya. Saya pasti anda semua pernah mendengar produk teh yang berjenama BOH. BOH ini merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh di Cameron Highland iaitu terletak di Ringlet dan Brinchang. Nama BOH ini sebenarnya membawa maksud "best of highland".
Bukan itu sahaja, terdapat juga ladang strawberry yang terkenal di Cameron Highland iaitu Raju Hill Strawberry Farm. Ladang strawberry ini hanya terletak 3 km dari pekan Brinchang. Apa yang menarik tentang ladang strawbeey ini ialah anda dapat melihat permandangan sekitar ladang dan juga tempat pemprosesannya. Ia juga menawarkan harga strawberry yang amat murah.

Comments
Post a Comment