FRASER HILL
Fraser Hill ini terletak di atas Banjaran Titiwangsa. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya yang sejuk iaitu antara 17-24 celcius. Puncak tertinggi Fraser Hill ini ialah setinggi 1,310 meter dari aras laut. Jaraknya adalah tidak begitu jauh dengan Kuala Lumpur kerana ia kira-kira 104 KM sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Jika anda merupakan seorang peminat sukan golf, Fraser Hill ini merupakan salah satu destinasi yang terbaik buat anda. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser ini merupakan padang golf terawal yang dibuka di negara kita ini. Walaupun ia hanya menampilkan 9 lubang dan walaupun saisnya kecil jika mahu dibandingkan dengan padang golf yang lain, ia tetap menawarkan cabaran yang mantap kepada sesiapa sahaja yang sudi menyahut cabarannya. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan buggy tidak akan disediakan di padang golf tersebut dan anda perlu berjalan untuk melawat setiap lubang. Oleh itu, anda akan dapat menikmati keindahan suasana di sana dan dapat m
so beautiful 🤩🤩
ReplyDelete